Malaysia

Pasangan Kekasih Ditahan Curi 26 Nozel Paip Bomba di Semenyih

KAJANG: Polis menahan sepasang kekasih warga tempatan kerana mencuri 26 nozel paip bomba dari sebuah pangsapuri di Semenyih.

Lelaki berusia 43 tahun dan wanita 44 tahun itu ditahan jam 10.30 malam semalam selepas laporan dibuat oleh penyelia keselamatan.

Siasatan mendapati kesemua nozel dicuri dari tingkat 5 hingga 17. Kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai pelbagai rekod jenayah serta narkotik.

Mereka direman tiga hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang ada maklumat diminta hubungi Sarjan Karunagaran di 012-2449414.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker