Dunia

Feri dari Bali terbakar, seorang wanita maut dan lebih 200 diselamatkan

Detik cemas di perairan Lombok apabila sebuah feri dari Bali terbakar, menyebabkan seorang wanita maut dan 212 orang terpaksa diselamatkan pada Rabu (12 Ogos).

Pegawai mencari dan menyelamat, Muhamad Haryadi, mengesahkan mangsa merupakan warga Indonesia.

Mangsa dan penumpang lain dipindahkan ke pelabuhan di Bali dan Lombok menggunakan sekurang-kurangnya tiga kapal, termasuk kapal tentera laut. Dua pelancong Australia turut diselamatkan.

Seorang mangsa terselamat, Kiky Okta Pradika, 25, berkata dia sempat memakai jaket keselamatan sebelum terjun ke laut dan terpaksa menunggu beberapa jam untuk mendapatkan bantuan.

Punca kebakaran masih belum diketahui, manakala operasi mencari dan menyelamat diteruskan bagi memastikan tiada mangsa lain yang hilang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker