Malaysia

Hampir dua juta berisiko disenarai hitam sebab tak bayar saman – JPJ

Hampir dua juta pengguna jalan raya berdepan risiko disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana gagal melunaskan saman tertunggak, termasuk ada yang direkodkan sejak lebih 15 tahun lalu.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, saman berkenaan membabitkan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) sebanyak lebih 1.45 juta, Notis Temu Siasat (114) berjumlah 296,684 dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115) sebanyak 164,598.

Katanya, Terowong Menora di Ipoh merekodkan jumlah saman AWAS tertinggi, mencecah sehingga 3,000 sehari.

Mereka yang gagal menjelaskan saman bukan sahaja akan disenarai hitam, malah berdepan kadar kompaun maksimum RM300 serta pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA).

Bagaimanapun, JPJ masih menawarkan peluang kepada pesalah trafik untuk melunaskan saman dengan kadar rata RM150 melalui tawaran kompaun khas sehingga akhir Disember ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker