Kerajaan digesa pertimbang kekalkan 300 liter BUDI95 buat pengamal media

Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) menggesa kerajaan mempertimbangkan pengecualian khas bagi pengamal media berdaftar untuk mengekalkan kuota 300 liter petrol RON95 sebulan.
Menurut GKMM, pengurangan kuota kepada 200 liter sejak 1 April memberi tekanan kepada wartawan, jurugambar dan juruvideo, terutama yang bertugas di negeri dan perlu bergerak jauh setiap hari sehingga kuota cepat habis sebelum akhir bulan.
Langkah pengurangan itu dilaksanakan di bawah inisiatif BUDI95 dengan harga dikekalkan RM1.99 seliter susulan konflik di Timur Tengah.
Gesaan itu disokong pelbagai kelab media seluruh negara termasuk dari Johor, Putrajaya, Melaka, Kedah, Sarawak, Kuala Lumpur, Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan, Perlis, Perak, Sabah, Pulau Pinang dan Kelantan.



