Hiburan

Peterpan kembali gegarkan KL, ahli asal bersatu semula dalam konsert istimewa Julai ini

Kumpulan legenda Indonesia, Peterpan bakal mengadakan konsert istimewa “The Journey Continues”di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 11 Julai.

Konsert satu malam itu akan menyaksikan beberapa anggota pengasas Peterpan iaitu Andika, Loekman, Reza dan Indra yang kembali bergabung di atas satu pentas.

Namun, vokalis terkenal mereka, Ariel, tidak akan terlibat dalam persembahan tersebut.

Menurut pihak penganjur, konsert ini diadakan bagi meraikan legasi Peterpan yang masih mempunyai ramai peminat di rantau ini. Tiket konsert dijual pada harga antara RM188 hingga RM588.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker