Sukan
Lebih popular daripada bintang bola? – BTS, Shakira dan Madonna bakal gegarkan final Piala Dunia 2026

Piala Dunia FIFA 2026 bukan sahaja bakal menyaksikan aksi hebat di atas padang, malah turut menampilkan barisan superstar muzik dunia yang dijangka mencuri perhatian peminat.
Kumpulan K-pop terkenal BTS, penyanyi Latin Shakira dan ikon pop Madonna diumumkan sebagai penghibur utama untuk persembahan separuh masa pertama dalam sejarah final Piala Dunia FIFA.
Persembahan bersejarah itu akan berlangsung pada 19 Julai ini di MetLife Stadium, New Jersey, Amerika Syarikat sempena perlawanan akhir kejohanan tersebut.
Selain persembahan final, FIFA turut memperluaskan elemen hiburan sepanjang kejohanan dengan pelbagai acara pembukaan dan persembahan artis antarabangsa bagi menarik lebih ramai penonton global.



