Malaysia
“Sumpah gigil tengok!” tular lagi kes buli di taman permainan libatkan sekumpulan remaja lelaki

Satu rakaman video tular memaparkan kes buli melibatkan sekumpulan remaja lelaki di sebuah taman permainan di Jasin, Melaka, mencetuskan kemarahan orang ramai.
Video berdurasi kira-kira dua minit itu menunjukkan seorang remaja lelaki dipukul, ditolak dan dipijak sehingga terjatuh serta terbaring di atas tanah.
Rakaman berkenaan dimuat naik seorang pengguna Facebook yang mendakwa mangsa adalah ahli keluarganya.
Menurut maklumat dikongsi, mangsa dipercayai dibuli untuk tempoh lama sebelum video dirakam, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan remaja dan budaya buli yang masih berleluasa.
Setakat ini, polis memaklumkan belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.




