Malaysia
Van sekolah terbalik di Johor Bahru kerana terlanggar lubang ‘manhole’

Seramai 16 murid dan pelajar sekolah cedera termasuk patah tangan dan jari selepas van sekolah yang dinaiki terbalik dalam kemalangan di Jalan Abdul Samad, Kampung Baru, Johor Bahru pagi tadi.
Mangsa terdiri daripada 10 murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Yahya Awal serta masing-masing tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki dan dan SMK Mohd Khalid ketika dalam perjalanan ke sekolah masing-masing.
Lubang utiliti atau ‘manhole’ dilaporkan menjadi penyebab kemalangan dalam kejadian pada pukul kira-kira pukul 6.45 pagi itu.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman guru dan ibu bapa pelajar di pekarangan HSA selepas kemalangan berkenaan berlaku.



