Malaysia

150,000 penerima BUDI95 belum kemas kini maklumat lesen, masih dengan sijil lahir

Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan kira-kira 150,000 penerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95) masih belum mengemas kini maklumat Lesen Memandu Malaysia (LMM) mereka, sekali gus berisiko terhalang daripada menikmati subsidi petrol bersasar itu.

Jumlah itu bersamaan 0.88 peratus daripada hampir 17 juta penerima program berkenaan, hasil semakan pangkalan data JPJ terhadap warganegara yang memiliki lesen sah, aktif dan berkuat kuasa.

Sebahagian besar pemegang lesen didapati masih menggunakan nombor kad pengenalan lama, malah ada yang mendaftar dengan nombor sijil lahir atau nombor pengenalan tentera dan polis yang belum ditukar kepada nombor awam selepas bersara.

Selain itu, terdapat juga kesilapan teknikal seperti ketidakpadanan nombor MyKad 12 digit yang menimbulkan masalah pengesahan.

Bagi menangani isu ini, JPJ akan membuka kaunter khas bagi membolehkan pemilik lesen mengemas kini nombor MyKad 12 digit mereka secara percuma. Walau bagaimanapun, proses itu memerlukan mereka hadir sendiri bagi pengesahan cap jari.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker