PM Jepun dedah hanya tidur 2-4 jam sehari selepas dikritik budaya kerja berlebihan

Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, mengakui hanya tidur dua hingga empat jam setiap malam, pendedahan yang muncul ketika beliau berdepan kritikan kerana dikatakan menggalakkan budaya kerja berlebihan.
Pengakuan itu timbul selepas kontroversi mesyuarat kakitangan yang diadakan pada jam 3 pagi minggu lalu sebagai persiapan sebelum sesi Parlimen.
Isu tersebut sekali lagi mengangkat perbahasan mengenai budaya kerja Jepun yang sekian lama bergelut dengan tekanan pekerjaan melampau, sehingga wujud istilah karoshi atau kematian akibat kerja berlebihan.
Takaichi menjelaskan bahawa keperluan pekerja dan majikan tidak seragam, dengan sebahagian individu terpaksa bekerja lebih daripada satu pekerjaan manakala syarikat tertentu pula mengenakan had ketat terhadap kerja lebih masa.
Beliau menegaskan sebarang perubahan dasar akan memastikan kesihatan pekerja tetap menjadi keutamaan, termasuk usaha mewujudkan persekitaran kerja yang membolehkan rakyat mengimbangi tuntutan keluarga, masa lapang dan kerjaya.




