Kempen #SinarUntukGaza raih lebih RM270,000 bantu rakyat Gaza

Kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) #SinarUntukGaza anjuran Jasmine Food berjaya mengumpul lebih RM270,000 bagi membantu usaha kemanusiaan di Gaza.
Sebagai simbol pencapaian fasa awal, sumbangan disalurkan kepada MERCY Malaysia dan Cinta Gaza Malaysia bagi menyokong bantuan keperluan asas, perubatan serta pemulihan komuniti di Gaza.
Ketua Pegawai Operasi Jasmine Food, Alan Kwong memaklumkan sambutan menggalakkan itu mencerminkan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap isu kemanusiaan global, selain membuktikan peranan sektor perniagaan dalam menyokong usaha bantuan berterusan.
Kempen ini akan diteruskan hingga Jun 2026 dengan tumpuan diperluas ke negeri Pantai Timur, termasuk Kelantan dan Terengganu, bagi meningkatkan penyertaan orang ramai melalui pembelian Beras Era Cap Sinar Timur.




