Malaysia
Operasi SAR lelaki warga India hanyut di Sungai Klang diteruskan

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki yang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang dekat Pintasan Saloma diteruskan pada 9.30 pagi tadi.
Ia selepas operasi itu dihentikan malam tadi kerana arus terlalu deras dan keadaan gelap.
Mangsa, seorang lelaki India yang terbabit dalam kerja penambahbaikan sungai, masih belum ditemukan.
Polis, bomba dan agensi berkaitan akan menyambung pencarian pagi ini.
Dalam kejadian sekitar 5.40 petang, 13 pekerja berada di lokasi dan 12 berjaya diselamatkan, terdiri daripada tujuh warga Indonesia, empat Bangladesh dan seorang tempatan.



