Anak keluarga T20 paling tinggi culas bayar PTPTN

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada keluarga berpendapatan tinggi melebihi RM8,000 sebulan mencatat tunggakan paling tinggi dalam kumpulan mereka.
Ia melibatkan 64,618 orang dengan jumlah tunggakan sebanyak RM257.56 juta setakat 31 Oktober.
Dalam masa sama, peminjam daripada kategori bukan penerima STR dan berpendapatan bawah RM8,000 merekodkan tunggakan RM539.35 juta, manakala kumpulan penerima STR mencatat tunggakan paling besar, iaitu RM10.23 bilion melibatkan hampir sejuta peminjam.
Dalam kategori pendapatan tinggi melebihi RM8,000, seramai 136,196 peminjam telah melangsaikan pinjaman bernilai RM1.54 bilion, tetapi hanya 35,324 yang membayar konsisten melibatkan RM362.36 juta.
Kementerian turut mempertimbangkan semakan semula mekanisme pengecualian bayaran balik graduan kelas pertama IPTS, namun menekankan bahawa dasar sedia ada memberi keutamaan kepada pelajar B40 dan M40 di IPTA.



