Dunia

Dikritik harga mahal, FIFA umum tiket ‘rahmah’ RM245 untuk perlawanan akhir

FIFA mengumumkan kategori tiket lebih murah bagi Piala Dunia 2026 susulan kritikan terhadap harga tiket tinggi untuk pusingan akhir di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico.

Tiket itu berharga AS$60 (RM245) setiap satu dan ditawarkan untuk semua 104 perlawanan termasuk final, khusus untuk penyokong pasukan yang layak, membentuk 10% kuota setiap persekutuan kebangsaan.

Langkah ini bertujuan membantu penyokong yang mengikuti pasukan kebangsaan sepanjang kejohanan, termasuk pengecualian bayaran pentadbiran bagi mereka yang pasukan tersingkir lebih awal.

Namun, kumpulan penyokong Eropah Football Supporters Europe (FSE) menegaskan harga itu masih terlalu mahal, dengan kos minimum mengikuti pasukan dari perlawanan pertama hingga final mencecah AS$6,900 (RM28,190), jauh lebih tinggi berbanding Piala Dunia 2022.

Sehingga kini, FIFA menerima 20 juta permohonan tiket, mencerminkan permintaan luar biasa dari seluruh dunia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker