Uncategorized

Semakin ramai pilih makanan ‘retort’ sebab jimat masa, kos dan makanan tahan lebih lama

Trend meal prep mingguan dengan menyimpan makanan siap dimasak dalam peti ais semakin popular kerana ramai yang tidak mahu memasak setiap hari.

Namun menurut Pengasas Budaya Baru Enterprise, Yugmeswari, kebanyakan makanan siap dimasak hanya selamat dimakan kurang daripada seminggu apabila disimpan dalam peti ais, berbanding makanan retort yang mampu bertahan lebih lama kerana melalui proses pembasmian kuman secara menyeluruh.

“Melalui proses retort, semua kuman akan dibasmi. Prosesnya melibatkan memasak terlebih dahulu, kemudian melakukan retort di dalam pouch yang telah dimasak sepenuhnya. Apabila makanan telah dimasak, udara dan gas dikeluarkan.

“Sebelum memasak, semua udara dikeluarkan, dan selepas itu, udara tidak akan dapat masuk semula. Dalam proses retort, semua bakteria telah dimusnahkan. Jadi, selagi pouch tidak dibuka, bakteria tidak akan masuk ke dalam,” katanya.

Tidak terhad kepada peniaga makanan, konsep ini turut mendapat sambutan daripada pelajar, individu bekerja dan mereka yang kerap melancong kerana menawarkan kemudahan makanan seperti masakan rumah tanpa perlu memasak setiap hari.

Menurut beliau, makanan retort dihasilkan tanpa bahan pengawet atau kimia serta mengekalkan nutrisi, di samping membantu menjimatkan kos kerana makanan hanya perlu dimasak sekali, disimpan untuk jangka panjang dan dipanaskan semula apabila diperlukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker