Malaysia

Zumba pakai baju sekolah tanpa kain, polis siasat program ‘Back To School’ di Bestari Jaya

Polis membuka kertas siasatan susulan penularan gambar dan video program senaman zumba yang didakwa tidak sopan ketika berlangsung di Dewan Orang Ramai Bukit Badong, Bestari Jaya pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin memaklumkan, rakaman program bertemakan ‘Back To School’ itu dikesan di Facebook dan TikTok sebelum tular di media sosial.

Siasatan awal mendapati terdapat peserta berpakaian seragam sekolah tanpa kain, manakala seorang lagi hanya memakai seluar legging, dipercayai bagi memudahkan pergerakan.

Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Selangor membuka siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker