Malaysia
1 dolar AS cecah RM3.97

Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada Isnin, menghampiri paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun susulan peningkatan selera risiko.
Keputusan Bank Negara Malaysia mengekalkan kadar dasar semalaman serta kelemahan indeks dolar AS.
Pada jam 10 pagi, ringgit meningkat kepada 3.9705/9950 berbanding 4.0045/0080 pada Jumaat lalu.
Paras ini hampir menyamai kedudukan pada 24 Mei 2018 apabila ringgit mencecah RM3.9797 berbanding dolar AS.




