Malaysia

Lelaki bunuh ibu ditahan dalam bas menghala ke Selangor

Lelaki berusia 28 tahun yang disyaki membunuh ibunya, seorang eksekutif operasi bank, ditahan polis ketika dalam perjalanan ke Selangor.

Mangsa, Zahrullail Basir, 52, ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman di rumahnya di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali, memaklumkan suspek ditahan jam 8.34 malam oleh Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kedah dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Setar, kurang 24 jam selepas kejadian.

Suspek diberkas ketika menaiki bas persiaran di Kilometer 441.5 arah selatan Lebuhraya Utara-Selatan.

Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan awal air kencing adalah negatif.

Suspek direman tujuh hari hingga 9 Februari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta sebatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker