Malaysia

MiSI 2.0 hasilkan pekerjaan gaji hingga RM5,000, bakal diperluas sebagai Vetri MADANI

Program Malaysian Indian Skills Initiative (MiSI) 2.0 membuktikan kejayaannya apabila majoriti pesertanya berjaya memperoleh pekerjaan dengan gaji mencecah sehingga RM5,000 sebulan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan memaklumkan, seramai 300 orang berjaya mendapat pekerjaan dengan pendapatan antara RM3,000 hingga RM5,000, malah ada yang mencecah RM7,500 bergantung kepada sektor diceburi.

“Jadi ini merupakan satu lompatan yang besar. Khususnya bila mereka datang daripada satu keluarga B40, ada yang kehilangan ibu bapa, ada yang betul-betul di dalam satu masalah. Dan bila diberikan peluang sebegini, mereka dapat memulakan satu hidup yang baru.

“Sebab itu, Talent Corp bekerjasama dengan KESUMA dan HRD Corp akan mewujudkan program Vetri MADANI selepas ini dengan peruntukan yang lebih besar, jadi memberi ruang kepada lebih ramai pelajar-pelajar ataupun mereka yang berminat untuk mencari satu jalan untuk mendapatkan peluang ini,” ujarnya.

Susulan kejayaan itu, MiSI 2.0 akan dijenamakan semula sebagai Vetri MADANI dan diperluaskan bagi memberi peluang kepada lebih ramai peserta.

Program baharu itu akan dilaksanakan melalui kerjasama Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan HRD Corp.

Ketika ini, peruntukan sedia ada di bawah TalentCorp dan kementerian berjumlah RM4 juta, namun kerajaan memberi jaminan jumlah itu akan digandakan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker