Da’i Syed dibebas sementara selepas tiga minggu dipenjara

Pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful atau Da’i Syed dibebaskan sementara selepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan diputuskan.
Keputusan itu dibuat panel tiga hakim diketuai Datuk Azmi Ariffin bersama Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid yang mendapati wujud keadaan istimewa untuk beliau dilepaskan dengan jaminan.
Antara pertimbangan ialah beliau tidak pernah gagal hadir prosiding sebelum ini dan ini merupakan kesalahan pertamanya.
Mahkamah menetapkan jaminan RM40,000 dengan dua penjamin, pasport diserahkan kepada mahkamah dan beliau perlu melapor diri di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam setiap bulan bermula Mac 2026 sehingga rayuan diputuskan.




