Malaysia
Malaysia mula puasa Khamis, Arab Saudi Rabu

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Khamis, 19 Februari 2026 selepas pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta Raja-Raja Melayu.
Sementara itu, umat Islam di Singapura, Indonesia dan Kemboja turut memulakan Ramadan pada Khamis.
Di Arab Saudi pula, Mahkamah Diraja mengumumkan Ramadan bermula lebih awal iaitu pada Rabu selepas pengesahan cerapan anak bulan oleh Mahkamah Agung negara itu.




