Dunia
Anak Ali Khamenei pemimpin tertinggi Iran baharu

Mojtaba Khamenei dilaporkan dipilih sebagai pemimpin tertinggi Iran yang baharu bagi menggantikan bapanya, Ayatollah Ali Khamenei, yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat dan Israel pada 28 Februari lalu.
Menurut laporan media antarabangsa, keputusan itu dibuat oleh Dewan Pakar yang bertanggungjawab memilih pemimpin tertinggi negara berkenaan selepas majoriti ahli badan tersebut menyokong pencalonannya.
Dalam perkembangan berkaitan, Israel turut dilaporkan menyasarkan kepimpinan baharu Iran, termasuk pegawai kanan yang dilantik untuk membantu pentadbiran pemimpin tertinggi itu.




