Malaysia
MB Johor yakin rakyat lihat Tunku Mahkota Ismail sebagai pemimpin berwibawa

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sebagai pemimpin berwibawa yang komited memacu pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata walaupun pelbagai pandangan dan kritikan timbul di media sosial susulan isu bola sepak, rakyat Johor memahami visi serta kepimpinan baginda.
Menurutnya, Tunku Mahkota Ismail sentiasa meletakkan standard tinggi bukan sahaja dalam bola sepak melalui Johor Darul Ta’zim (JDT), malah dalam pentadbiran negeri.
Onn Hafiz turut menegaskan banyak inisiatif pembangunan Johor termasuk dalam bidang pendidikan, belia, ekonomi serta kebajikan rakyat lahir daripada usaha dan visi baginda untuk memastikan negeri itu terus maju serta berdaya saing.




