Malaysia
Kerajaan teliti cadangan WFH, keputusan dijangka Selasa depan – Fahmi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam meneliti secara menyeluruh cadangan pelaksanaan kerja dari rumah (WFH) bagi memastikan penyelarasan pentadbiran kerajaan.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri meminta Ketua Setiausaha Negara serta Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam mengkaji kebolehlaksanaan dasar berkenaan.
Penelitian itu bertujuan memastikan operasi perkhidmatan awam kekal cekap selain menyelaras pelaksanaan jika WFH dilaksanakan.
Hasil kajian berkenaan dijangka dibentangkan dan diputuskan dalam mesyuarat kerajaan pada Selasa depan.




