Malaysia
Kes Zayn Rayyan: Bapa rayu dana RM65,000 untuk perbicaraan

Bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Zaim Ikhwan Zahari merayu bantuan orang ramai bagi menampung kos perbicaraan di Mahkamah Tinggi bersama isterinya, Ismanira Abdul Manaf.
Menurutnya, kira-kira RM200,000 telah dibelanjakan sejak kes bermula di Mahkamah Sesyen, dan kini memerlukan tambahan RM65,000.
Beliau menyifatkan kos guaman tinggi di luar kemampuan, sambil berharap sumbangan dapat membantu mendapatkan keadilan buat keluarga.
Zayn Rayyan, 6, sebelum ini ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran kediamannya di Damansara Damai pada Disember 2023 selepas dilaporkan hilang.




