Malaysia
Jerantut, Raub terkini dilanda gelombang haba; Kedah paling teruk

Jerantut dan Raub kini berada pada amaran Tahap 1 (kuning) susulan cuaca panas melampau.
Sebanyak 21 lokaliti di seluruh negara dikeluarkan amaran gelombang haba setakat 6 pagi.
Kedah kekal paling terjejas apabila Baling, Pendang dan Pokok Sena mencatat Tahap 2 (oren).
Suhu di kawasan terbabit mencecah antara 37°C hingga 40°C selama tiga hari berturut-turut.




