Dunia

Tragis! Bas terjunam ke dalam sungai, lebih 20 maut

Sekurang-kurangnya 23 orang maut manakala beberapa lagi cedera selepas sebuah bas terjunam ke dalam Sungai Padma di Bangladesh, petang Rabu.

Kejadian berlaku di daerah Rajbari ketika bas yang membawa kira-kira 40 hingga 50 penumpang itu cuba menaiki feri dalam perjalanan ke Dhaka.

Pasukan penyelamat termasuk anggota bomba dan penyelam digerakkan ke lokasi, sebelum bas berjaya dinaikkan dari sungai kira-kira enam jam kemudian.

Insiden tragis itu turut menyaksikan ahli keluarga mangsa berkumpul di lokasi kejadian bagi menunggu perkembangan operasi mencari dan menyelamat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker