MalaysiaTeknologi

BYD fikir semula pelan kilang CKD di Malaysia selepas syarat MITI

Rancangan BYD untuk membuka kilang pemasangan tempatan (CKD) di Tanjung Malim kini ‘tergantung sepi’ apabila syarikat itu dilapor menilai semula keputusan susulan syarat ditetapkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Laporan The Edge menyebut BYD tidak bersetuju dengan keperluan mengeksport sehingga 80% kenderaan yang dipasang, manakala baki 20% pula hanya boleh dijual di pasaran tempatan pada harga melebihi RM200,000.

Menteri MITI, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan syarat itu bertujuan melindungi industri automotif tempatan seperti Proton dan Perodua yang menyokong ratusan ribu pekerjaan.

Dalam masa sama, kerajaan turut menetapkan harga minimum RM250,000 bagi EV import penuh (CBU), sekali gus mendorong pengeluar beralih kepada CKD, namun jurang syarat harga dan eksport kini menjadi halangan utama kepada pelaburan BYD.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker