Malaysia

MADANI Mart tidak guna dana kerajaan, sasar 640 premis seluruh negara

Inisiatif MADANI Mart dilaksanakan tanpa menggunakan dana kerajaan, sebaliknya digerakkan melalui model pelesenan dan kerjasama dengan usahawan tempatan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh, berkata setiap premis dimiliki secara persendirian, manakala Yayasan MADANI bertindak mengurus ekosistem termasuk latihan, sistem operasi, penetapan harga serta analisis runcit berasaskan kecerdasan buatan.

Konsep kedai komuniti itu menawarkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan melalui kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan Yayasan MADANI, sekali gus membantu menangani kos sara hidup tanpa melibatkan peruntukan modal awam.

Bagi memperluas capaian, MADANI Mart menyasarkan sekurang-kurangnya satu premis di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri dengan sasaran minimum 640 cawangan di seluruh negara dalam tempoh dua tahun, disokong enam hab pengedaran utama.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker