Banduan lolos penjara Sungai Buloh berjaya ditangkap semula selepas hampir 10 hari bersembunyi

Seorang banduan warga Pakistan yang meloloskan diri dari Penjara Sungai Buloh pada 9 April lalu akhirnya berjaya diberkas semula selepas sembilan hari diburu polis. Suspek dikenali sebagai Muhammad Hassan, 24, ditahan kira-kira jam 5 petang pada 18 April di Jalan Batu 14, Jalan Gombak Lama, Gombak.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata tangkapan semula dilakukan kira-kira jam 5 petang hasil tindakan serta kerjasama pelbagai pihak.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, suspek mengaku bersembunyi selama tujuh hari di kawasan hutan berhampiran tapak pembinaan, sebelum menyelinap masuk ke tapak pembinaan pada waktu malam untuk berlindung.
Bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa, dia turut memakai pakaian yang dicuri dari lokasi tersebut.




