Malaysia

Trump dipindahkan selepas tembakan di majlis makan malam Rumah Putih

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersama beberapa pemimpin kanan negara dipindahkan dari majlis tahunan White House Correspondents’ Dinner pada Sabtu malam susulan ancaman keselamatan. Tiada kecederaan dilaporkan.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 8.40 malam waktu tempatan ketika ratusan wartawan, selebriti dan pemimpin negara sedang menunggu ucapan Trump.

Saksi memaklumkan mereka mendengar antara lima hingga lapan das tembakan sebelum orang ramai panik dan berlindung di bawah meja.

Menurut laporan media antarabangsa, seorang lelaki bersenjata berjaya ditahan pihak berkuasa.

Secret Service bersama polis bertindak pantas menahan suspek, manakala anggota National Guard turut ditempatkan di dalam bangunan bagi mengawal keadaan. Tiada kecederaan dilaporkan dan Trump disahkan selamat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker