Malaysia

Aliff Syukri kalah saman fitnah, diperintah bayar RM300,000 kepada bekas menteri Kadir

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kemenangan berpihak kepada bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir, 86, selepas membenarkan saman fitnahnya terhadap ahli perniagaan dan pempengaruh, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, berhubung satu hantaran media sosial.

Hakim Roslan Mat Nor memerintahkan Aliff Syukri membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 serta kos sebanyak RM50,000 selepas mahkamah mendapati hantaran tersebut berunsur fitnah yang mendakwa Kadir berhutang “puluhan juta ringgit”.

Mahkamah turut mengarahkan Aliff Syukri memadam hantaran berkenaan, tidak mengulangi kenyataan sama, serta menandatangani aku janji untuk tidak lagi menerbitkan kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Hakim juga menolak pembelaan Aliff bahawa beliau tidak berniat untuk memalukan Kadir, dengan menegaskan isu hutang sepatutnya diselesaikan melalui saluran undang-undang yang betul.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker