Malaysia
Buaya 300kg ditangkap beramai-ramai di DUN Sabah, penduduk guna 3 bot

Lebih 20 penduduk kampung bergabung tenaga menangkap seekor buaya seberat kira-kira 300 kilogram berhampiran kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, pagi tadi.
Reptilia sepanjang 3.7 meter itu dikesan kira-kira 100 meter dari pesisir pantai sebelum operasi menangkap dijalankan menggunakan tiga bot dan jaring.
Difahamkan, dua cubaan awal gagal sebelum buaya tersebut akhirnya berjaya ditangkap pada percubaan ketiga.
Menurut laporan, buaya berkenaan dipercayai sudah beberapa minggu muncul di kawasan pantai Universiti Malaysia Sabah (UMS).




