Malaysia
Tak mahu rakyat sangkut trafik, Johor rancang laluan lebih lancar untuk pengundi pulang dari Singapura

Kerajaan sedang meneliti beberapa langkah bagi memudahkan rakyat Johor yang bekerja di Singapura pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang tanpa perlu berdepan kesesakan teruk di pintu sempadan.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, pada 9 Jun.
Menurut beliau, kerajaan negeri sedang berbincang dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan Persekutuan bagi mencari mekanisme terbaik supaya proses keluar masuk pengundi dari Singapura dapat berjalan lebih lancar.
Onn Hafiz berkata, antara perkara yang diberi perhatian adalah aspek logistik dan pengurusan trafik di pintu masuk utama seperti Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar bagi mengelakkan kesesakan.



