Sukan

Jepun bakal bertemu Brazil di pusingan kalah mati

Jepun mengesahkan tempat ke pusingan 32 terbaik Piala Dunia FIFA 2026 selepas seri 1-1 dengan Sweden dalam aksi terakhir Kumpulan F di Stadium Dallas, Amerika Syarikat, pada Khamis.

Keputusan itu menyaksikan Jepun muncul naib juara kumpulan dan akan bertemu Brazil di pusingan kalah mati.

Daizen Maeda meletakkan Jepun di hadapan pada minit ke-56 sebelum Anthony Elanga menyamakan kedudukan enam minit kemudian.

Penjaga gol Jepun, Zion Suzuki turut beraksi cemerlang apabila menggagalkan beberapa percubaan Sweden pada penghujung perlawanan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker