Dunia
Budak 11 tahun rempuh perarakan Buddha, lapan sami maut

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dipercayai memandu trak pikap milik ibu bapanya sebelum merempuh perarakan Buddha di Mukdahan, Thailand, semalam.
Nahas itu mengorbankan 8 sami, manakala 10 lagi cedera.
Kejadian berlaku sekitar jam 11.55 pagi ketika 35 sami dan beberapa penganut Buddha sedang menyertai satu perjalanan keagamaan.
Menurut laporan, Lima mangsa maut di lokasi, manakala tiga lagi meninggal dunia di hospital.
Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu mengambil kenderaan tanpa kebenaran sebelum hilang kawalan. Polis sedang menyiasat punca kejadian dan telah memanggil ibu bapanya bagi membantu siasatan.



