Sukan
Argentina bangkit dramatik, tewaskan Mesir 3-2

Argentina melakar kebangkitan dramatik untuk menewaskan Mesir 3-2 dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 di Stadium Atlanta, Amerika Syarikat, pada 7 Julai.
Mesir mengejutkan juara bertahan itu menerusi jaringan Yasser Ibrahim dan Mostafa Zico untuk mendahului 2-0 manakala Lionel Messi turut gagal menyempurnakan sepakan penalti pada babak pertama.
Namun, Argentina bangkit menerusi jaringan Cristian Romero dan Messi sebelum Enzo Fernandez meledak gol kemenangan pada masa kecederaan untuk melengkapkan kebangkitan 3-2.
Kemenangan itu menyaksikan Argentina mara ke suku akhir dan bakal berdepan Switzerland.




