Malaysia

Wanita tinggal bersendirian ditemui meninggal dunia selepas lima hari

Seorang wanita berusia 40 tahun yang tinggal bersendirian ditemui maut di sebuah apartmen di Ampangan, Negeri Sembilan, pada Jumaat, dipercayai sudah meninggal dunia sejak lima hingga enam hari sebelum mayatnya ditemukan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata pihak polis menerima laporan berhubung penemuan mayat wanita itu sebelum menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.

Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) dan siasatan masih diteruskan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker