Malaysia
: Pikap potong garisan berkembar, bapa maut dan anak parah

Seorang lelaki maut manakala anak lelakinya berusia enam tahun cedera parah selepas motosikal mereka bertembung dengan sebuah pikap di Kilometer 15 Jalan Utama Mempaga berhampiran Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB), malam tadi.
Dalam kejadian jam 10.48 malam itu, mangsa Zaiful Arimey Zainal Abidin, 33, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah. Anaknya pula mengalami kecederaan kaki kiri dan menerima rawatan di Hospital Bentong.
Polis berkata, pemandu pikap berusia 43 tahun dipercayai memotong beberapa kenderaan di garisan berkembar sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal mangsa.
Pemandu pikap ditahan bagi membantu siasatan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.




