Malaysia

Perhimpunan Agung UMNO 2026 bermula 9 September

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 akan berlangsung dari 9 hingga 12 September di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Pada 9 September, program dimulakan dengan taklimat Presiden UMNO dan perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO.

Persidangan ketiga-tiga sayap parti akan berlangsung pada 10 September.

Sementara itu, Perhimpunan Agung UMNO melibatkan perwakilan dari seluruh negara dijadual diadakan pada 11 dan 12 September bagi membincangkan hala tuju parti serta isu semasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker