Malaysia

YouTuber Taiwan rugi RM35,000 dalam rompakan di Cheras, 12 individu ditahan

Polis menahan 12 individu selepas seorang YouTuber Taiwan disamun di sebuah kondominium di Cheras, Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu.

Mangsa dipercayai menjadi sasaran selepas suspek mengetahui dia menyimpan wang tunai dalam mata wang asing. Mangsa mengalami kecederaan dan kerugian kira-kira RM35,000.

Kesemua suspek, lapan lelaki dan empat wanita berusia 26 hingga 48 tahun, ditahan di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Lima suspek masih direman sehingga 13 Ogos, manakala tujuh lagi dibebaskan dengan jaminan polis. Polis kini memburu seorang lagi suspek yang masih bebas.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker