Malaysia

Bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan direman hari ini

Dua bekas pegawai kanan kerajaan, termasuk bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) bergelar Datuk Seri dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan bergelar Tan Sri, ditahan SPRM semalam.

Kedua-duanya ditahan bagi membantu siasatan susulan pendedahan dan dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji. Mereka yang berusia lingkungan 60-an ditahan kira-kira jam 4 petang selepas diarahkan hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Kedua-duanya dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini bagi permohonan reman. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan penahanan berkenaan.

Jumaat lalu, seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH turut ditahan berkaitan siasatan kes sama dan direman selama tujuh hari sehingga hari ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker