Malaysia
8 kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini

KUALA LUMPUR, 14 September- Sebanyak lapan kawasan di Malaysia mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 7 pagi ini.
Menurut laman rasmi APIMS, Serian mencatat bacaan tertinggi iaitu 173, diikuti Sri Aman (171) dan Kuching (134) di Sarawak. Di Semenanjung, Johan Setia dan Cheras masing-masing mencatat bacaan 152.
Nilai turut mencatat bacaan 127, Seremban (122) dan Putrajaya (121). Sebanyak 58 kawasan lain merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana, manakala dua kawasan mencatat bacaan baik.
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 sebagai berbahaya.




