12 Puncak Gunung dalam 7 Hari; Logachandran Pecah Rekod Sendiri, Harumkan Nama Masyarakat India Malaysi

KUALA LUMPUR, 18 September – Pendaki gunung Logachandran Ramachandran sekali lagi mengharumkan nama masyarakat India Malaysia apabila berjaya menawan 12 puncak gunung dalam tempoh tujuh hari, sekali gus memecahkan rekodnya sendiri.
Pencapaian itu hari ini mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records menerusi kategori ‘Most Summits Conquered in a Week’. Pada 2025, Logachandran mencipta rekod dengan menawan sembilan puncak dalam tujuh hari. Tahun ini, beliau meningkatkan pencapaian itu kepada 12 puncak.
Menurut Megat, ini merupakan percubaan rekod kedua Logachandran bersama Malaysia Book of Records. Logachandran kini menyasarkan 18 puncak dalam tujuh hari pada tahun hadapan bagi memecahkan rekodnya buat kali ketiga.
Sementara itu, Logachandran berkata kejayaan tersebut bukan pencapaian individu, sebaliknya hasil kerjasama seluruh pasukan termasuk Jayachandran, Tharun, Shantha dan Shanaran serta sokongan para penderma dan orang ramai.
Beliau turut merakamkan penghargaan khas kepada Vanakkam Malaysia yang mengikuti dan mengetengahkan perjalanan rekodnya sejak percubaan pertama.
Daripada sembilan puncak kepada 12 puncak — kini sasaran seterusnya 18! Pencapaian Logachandran membuktikan usaha, keazaman dan sokongan berpasukan mampu membawa anak muda Malaysia mencipta rekod serta mengharumkan nama negara.




