Malaysia

Laporan awal isu FELDA akan didedah minggu depan

Laporan awal berkaitan isu pengurusan dan kerugian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dijangka diumumkan minggu depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata laporan itu bukan bertujuan membalas dendam, sebaliknya sebahagian usaha kerajaan menangani masalah FELDA mengikut proses undang-undang. Beliau turut menegaskan keputusan untuk menyiasat, mendakwa atau menghukum mana-mana individu bukan di bawah kuasanya.

Beliau berkata kerajaan perlu mengambil tindakan kerana kerajaan menyalurkan kira-kira RM980 juta setiap tahun bagi menampung kerugian FELDA.

Dalam masa sama, RM450 juta turut diluluskan untuk membaik pulih rumah pengurus FELDA di seluruh negara yang didapati tidak diselenggara selama puluhan tahun.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker