Malaysia
Pusat estetik diserbu, 7 warga Indonesia ditahan

Tujuh warga Indonesia ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam serbuan di empat premis kecantikan dan rawatan estetik di Selangor serta Kuala Lumpur, Rabu lalu.
Mereka terdiri daripada seorang lelaki dan enam wanita berusia 19 hingga 44 tahun yang disyaki bekerja sebagai juruterapi kecantikan.
JIM berkata, premis terbabit mempromosikan perkhidmatan menerusi TikTok dan Instagram, manakala ubat serta peralatan rawatan, telefon bimbit dan RM400 wang tunai turut disita.
Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut, termasuk oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung produk yang disyaki tidak berdaftar.




