Malaysia

BN tamat kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan selepas Parlimen bubar – Zahid

Barisan Nasional (BN) akan menamatkan kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, keputusan itu selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong bahawa kerjasama BN dengan Kerajaan Perpaduan, termasuk Pakatan Harapan (PH), akan berakhir apabila Parlimen ke-15 dibubarkan.

Beliau berkata, BN sebelum ini memilih untuk bersama Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan akan terus melaksanakan komitmen itu sehingga tamat penggal. Menurutnya, kerjasama berkenaan tidak bermakna BN kehilangan identiti atau pendirian sendiri.

Sementara itu, Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk Seri R S Thanenthiran mencadangkan BN keluar daripada Kerajaan MADANI lebih awal. Beliau mendakwa pemimpin UMNO dan BN sering ditekan, manakala pihak lain yang melakukan kesalahan tidak dikenakan tindakan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker