Malaysia
Campak anak saudara 5 tahun ke sungai, lelaki didakwa hari ini
Seorang pembuat roti canai didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak saudaranya, Putri Nur Affiya Qhalhesya Shahrul, 5, minggu lalu.
Tertuduh, Abadi Yasro, 37, tidak membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Najihah Hamidi. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mengikut pertuduhan, Abadi didakwa membunuh mangsa kira-kira jam 8.20 pagi, 21 September lalu di sebuah sungai di Kampung Padang, Tanjung Sedili.
Mahkamah menetapkan 26 November untuk pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Permai, Johor Bahru dan penyerahan laporan bedah siasat.




