Malaysia

“Saya tak jangka Dr Hasmah akan meinggal dunia” – Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan pemergian isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, sebagai sesuatu yang tidak dijangka.

Almarhumah Dr Hasmah, 100, meninggal dunia pada sekitar jam 9.25 pagi, 28 September di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Beliau kemudian diberi penghormatan pengebumian negara di Pusara Negara, Putrajaya.

Anak mereka, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata keadaan kesihatan Dr Hasmah merosot secara mendadak selepas mengalami komplikasi pada jantung sekitar jam 8 pagi. Doktor melakukan CPR sebelum beliau dipindahkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU).

Dr Mahathir yang telah berkahwin dengan Dr Hasmah selama 70 tahun berada di sisi isterinya sehingga menghembuskan nafas terakhir.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker