Malaysia
19 tahun simpan maklumat palsu, lelaki didenda RM4,000

Seorang lelaki didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret 1 Kuantan selepas didapati mengemukakan maklumat palsu ketika mendaftarkan kelahiran anaknya hampir 19 tahun lalu.
Mohd Fauzi Samsir, 60, melakukan kesalahan itu ketika membuat permohonan pendaftaran kelahiran anaknya, Fatin Nur Syahiera, di Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Pahang pada 4 Disember 2007.
Majistret Ellyna Othman menjatuhkan hukuman itu mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957. Mohd Fauzi turut berdepan hukuman penjara tujuh bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Dia ditahan dalam Operasi Terancang di JPN Negeri Pahang pada 28 September lalu.




